RM952,000 Arak Tidak Bercukai Dirampas di Pekan Nenas, Tiga Warga Asing Ditahan

Oleh NurFarhana Zulkeply

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga asing serta merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM952,000 dalam serbuan di Taman Utama, Pekan Nenas, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (GOF), Salehin Sulaiman berkata, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dijalankan menerusi Op Taring Alpha 2.

Menurutnya, pemeriksaan di premis yang dipercayai dijadikan stor membawa kepada penahanan tiga suspek berusia antara 24 hingga 33 tahun.

“Turut dirampas sebuah Proton Exora serta sejumlah besar arak pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan.

Antara jenama yang dirampas termasuk McDowell, Club99, King Robert II dan Signature Rare Whiskey dalam pelbagai saiz botol.

Beliau berkata, premis berkenaan dipercayai digunakan sebagai pusat simpanan sebelum bekalan diedarkan ke sekitar daerah Pontian mengikut tempahan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *