Olahan Siti Khadijah Manudin
PUTRAJAYA — Kadar ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan penurunan kepada 1.79 peratus, apabila seramai 7,099 daripada 413,299 calon tidak hadir menduduki peperiksaan.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan, antara punca utama ketidakhadiran termasuk pelajar bekerja, berpindah ke luar negara, mengalami kemalangan, berdepan masalah keluarga, isu kesihatan, kekangan pengangkutan, kematian serta ditahan pihak berkuasa.
Menurut beliau, calon biasanya membuat pendaftaran peperiksaan pada awal tahun, manakala peperiksaan berlangsung pada bulan November.
Tempoh yang panjang ini membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan yang boleh menjejaskan kehadiran calon.
Bagaimanapun, kadar ketidakhadiran menunjukkan trend penurunan yang positif apabila mencatatkan 1.79 peratus berbanding 2.1 peratus atau 8,108 calon pada SPM 2024.
Beliau menjelaskan, penurunan ini mencerminkan keberkesanan pelbagai inisiatif serta intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam memastikan calon dapat menduduki peperiksaan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L