Serangan Israel di Lubnan ragut nyawa anggota pengaman PBB, seorang parah

ISTANBUL – Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan pada awal Isnin bahawa seorang anggota pengamannya terbunuh dan seorang lagi cedera parah selepas sebuah projektil meletup pada malam Ahad di satu posnya di selatan Lubnan.

Pasukan itu berkata letupan berlaku berhampiran Adshit al-Qusayr di daerah Marjayoun, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami tidak mengetahui punca projektil itu. Kami melancarkan siasatan untuk menentukan semua keadaan yang berlaku,” menurut kenyataan di platform X.

Ia menambah serangan yang disengajakan terhadap anggota pengaman adalah “pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi 1701 Majlis Keselamatan” dan mungkin dianggap sebagai jenayah perang.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), bedilan artileri Israel menyasarkan ibu pejabat kontinjen Indonesia yang berkhidmat bersama pasukan PBB di Adshit al-Qusayr. – BERNAMA-ANADOLU

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *