Ketua IDF beri amaran, Israel berdepan krisis ketenteraan

JERUSALEM – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis tenaga manusia yang semakin meruncing hingga membawa risiko “runtuh dari dalam”, demikian amaran keras dikeluarkan Ketua Staf, Eyal Zamir dalam mesyuarat Kabinet Keselamatan pada Rabu.

Menurut laporan media Israel, Zamir memberi gambaran keadaan itu semakin kritikal apabila beban operasi tentera meningkat di pelbagai medan, namun, jumlah anggota tetap dan simpanan tidak lagi mampu menampung keperluan.

“Saya angkat 10 bendera merah di depan anda,” katanya, sambil menegaskan bahawa IDF mungkin tidak lagi dapat menjalankan operasi rutin sekiranya kekurangan anggota dibiarkan berterusan.

Zamir turut menggesa pembaharuan segera melibatkan tiga aspek utama:

  • Undang‑undang pengambilan wajib
  • Undang‑undang khidmat simpanan
  • Lanjutan tempoh perkhidmatan wajib.

Tekanan terhadap IDF semakin meningkat ketika Israel terlibat dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan serentak, menyebabkan sistem sumber manusia tentera berada pada tahap paling kritikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *