“Saya masih hidup…” – Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, muncul dalam sidang bersama media asing mengenai perkembangan terkini mengenai operasi ketenteraan Israel terhadap Iran, semalam sekali gus menepis dakwaan beliau terbunuh dalam serangan balas republik Islam itu.

Netanyahu membuka sesi berkenaan dengan kenyataan bersifat sinis: “Saya masih hidup dan anda semua menjadi saksi”.

Beliau turut menjelaskan, dakwaan mengenai kematiannya hanyalah berita palsu sebelum memulakan taklimat mengenai Operasi Roaring Lion.

Menurut laporan media antarabangsa, operasi itu adalah sebahagian daripada tindakan ketenteraan Israel yang lebih luas untuk melemahkan kemampuan Iran, termasuk infrastruktur pertahanan dan keupayaan peluru berpandu serta dron negara itu.

Netanyahu juga mendakwa, operasi tersebut memberikan “keberhasilan besar” dalam merosakkan aset dan keupayaan ketenteraan Iran.

Dalam masa sama, Perdana Menteri Israel itu turut menjelaskan, Israel beroperasi dengan sokongan kukuh Amerika Syarikat (AS), sambil menekankan hubungan strategik yang diperkukuh di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Netanyahu turut menyatakan bahawa beberapa serangan dilakukan secara berdikari, manakala sebahagian lain melibatkan penyelarasan dengan Washington.

Dalam masa sama, Netanyahu mendakwa, terdapat “tanda-tanda jelas” bahawa kepimpinan Iran kini berada dalam keadaan semakin lemah, susulan siri serangan bertumpu yang dilancarkan Israel sejak bermulanya konflik.

Kenyataan tersebut muncul selepas beberapa hari laporan dan spekulasi tular di media sosial yang mendakwa Netanyahu terkorban dalam serangan balas Iran.

Operasi Roaring Lion dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang, dengan Israel menyasarkan apa yang digambarkan sebagai infrastruktur utama yang digunakan oleh Iran dalam program ketenteraannya. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *