Menteri Luar Iran tolak rundingan dengan AS selepas ‘Pengalaman Sangat Pahit’

HAMILTON (Kanada) – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi semalam, menolak kemungkinan berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas apa yang disifatkannya sebagai “pengalaman yang sangat pahit”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam temu bual dengan PBS News, Araghchi menjawab soalan sama ada Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei akan bersikap terbuka terhadap rundingan semula atau gencatan senjata, dengan menyatakan “masih terlalu awal untuk beliau memberi sebarang komen”.

“Namun, saya tidak fikir persoalan untuk bercakap atau berunding dengan AS sekali lagi akan dibincangkan kerana seperti yang anda tahu, kami mempunyai pengalaman yang sangat pahit dalam rundingan dengan mereka,” katanya, sambil merujuk konflik selama 12 hari pada Jun tahun lalu apabila tentera Israel dan AS menyasarkan kemudahan nuklear Iran ketika rundingan antara Tehran dan Washington sedang berlangsung.

Merujuk pusingan terbaharu rundingan nuklear AS-Iran yang berakhir di Geneva pada akhir Februari, yang menyaksikan kedua-dua pihak menyifatkan suasana sebagai serius dan konstruktif di bawah pengantaraan Oman, Araghchi berkata: “Namun sekali lagi, selepas tiga pusingan rundingan dan selepas pasukan Amerika dalam rundingan itu menyatakan kemajuan besar telah dicapai, mereka tetap memutuskan untuk menyerang kami.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jadi saya tidak fikir rundingan dengan AS akan lagi berada dalam agenda kami,” katanya.

Beliau turut mengesahkan, pemilihan pemimpin baharu itu merupakan satu bentuk “kesinambungan” penentangan terhadap AS dan Israel.

Mengenai gangguan bekalan minyak yang meluas, menteri Iran itu memberitahu PBS News, “ini bukan salah kami. Ini bukan rancangan kami”.

Beliau berkata, pengeluaran dan pengangkutan minyak menjadi perlahan “disebabkan serangan dan pencerobohan yang dilakukan oleh Israel dan AS terhadap kami”, sambil menegaskan serangan itu “telah menjadikan seluruh rantau ini tidak selamat”.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Inilah sebabnya kapal tangki dan kapal-kapal takut untuk melalui Selat Hormuz,” katanya sambil menegaskan Iran tidak menutup selat berkenaan.

Araghchi turut menyalahkan Israel dan AS kerana menjadikan “seluruh rantau itu tidak selamat dan tidak stabil”.

“Kesannya amat besar bukan sahaja kepada kami, tetapi juga kepada seluruh rantau Asia Barat dan kini kepada komuniti antarabangsa,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada strategi Iran adalah untuk mengehadkan bekalan minyak melalui serangan terhadap kemudahan minyak di rantau itu, beliau mendakwa tindakan Iran hanyalah untuk mempertahankan diri.

“Kami berdepan dengan tindakan pencerobohan yang jelas menyalahi undang-undang dan apa yang kami lakukan adalah tindakan mempertahankan diri yang sah,” katanya.

Sambil menyatakan Tehran telah “pun memberi amaran kepada semua pihak di rantau itu”, beliau menjelaskan, “jika AS menyerang kami, memandangkan kami tidak dapat sampai ke tanah besar Amerika, kami terpaksa menyerang pangkalan mereka di rantau ini, kemudahan mereka, pepasangan mereka serta aset mereka”.

“Dan akibatnya, perang itu akan merebak ke seluruh rantau ini,” katanya sambil menambah pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap perkara itu.”

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *