KUALA LUMPUR – Golden Destinations Group Berhad (Golden Destinations), bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian syarikat itu ke Pasaran ACE.
IPO itu melibatkan daripada Terbitan Awam sebanyak 200,000,000 saham biasa baharu (Saham Terbitan) dan Tawaran Jualan sebanya 100,000,000 saham sedia ada.
Dari 200,000,000 saham terbitan itu 50,000,000 saham disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, yang mana 25,000,000 Saham Terbitan diperuntukkan untuk pelabur Bumiputera di bawah proses pengundian.
Manakala 35,000,000 saham dikhaskan untuk pengarah dan pekerja Kumpulan yang layak serta individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan (Orang yang Layak).
Sebanyak 90,000,000 saham disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan, atau pelabur terpilih yang dikenal pasti dan 25,000,000 saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Tawaran Jualan pula melibatkan 100,000,000 Saham Tawaran melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.
Selaras dengan perjanjian taja jamin, UOBKH akan menaja jamin 85,000,000 Saham Terbitan Syarikat.
Pengarah Urusan Golden Destinations Group Berhad Mita Lim berkata, pemeteraian taja jamin itu mewakili peristiwa penting dalam perjalanan syarikat ketika semakin hampir ke arah penyenaraian kami di Pasaran ACE.
“IPO yang dicadangkan bertujuan untuk memperkukuh pengembangan perniagaan, di mana kami meningkatkan keupayaan untuk meningkatkan operasi, meluaskan penawaran produk, mengukuhkan penjenamaan dan mengembangkan kehadiran pasaran dalam industri.
“Sambil itu, kami terus menyediakan pakej pengalaman perjalanan keluar yang dipilih melalui rangkaian pengedaran yang mantap,” katanya.
Golden Destinations adalah syarikat khusus dalam mengurus pakej pengalaman perjalanan di bawah portfolio jenama utama Golden Destinations (GD) dan beroperasi terutama dalam segmen B2B, menawarkan perkhidmatan kepada rangkaian ejen pelancongan.
Di bawah model B2B, Golden Destinations biasanya tidak menjual produk dan perkhidmatan pengalaman perjalanan keluar secara langsung kepada pengguna akhir, iaitu pelancong keluar.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L