Tiga Lelaki Dipenjara dan Didenda Selepas Mengaku Salah Curi Tabung Masjid

SHAH ALAM – Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM4,000 tiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah mencuri tabung sebuah masjid di Seksyen 7, pada 22 Februari lalu.

Tertuduh, K. Tineshuaran, 26; R. Nishanraj, 22; dan S.R. Danesh, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman, manakala seorang lagi suspek berusia 17 tahun turut didakwa, namun prosiding terhadapnya dijalankan secara tertutup kerana faktor umur.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka secara bersama didapati mencuri tabung masjid berkenaan kira-kira jam 4 pagi pada tarikh tersebut.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala pesalah berulang boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah memerintahkan tiga tertuduh dewasa menjalani hukuman penjara bermula hari sabitan serta membayar denda RM4,000. Mereka juga akan dikenakan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan.

Bagi tertuduh remaja pula, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin. Tarikh 28 April ini ditetapkan untuk penyerahan laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Khawarizmi Azfar, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Swinder Singh dan Ashrul Haikal.

Terdahulu, pihak pembelaan merayu agar hukuman ditangguhkan atas alasan ketiga-tiga tertuduh dewasa merupakan penanggung utama keluarga dan ini adalah kesalahan pertama mereka. Namun, mahkamah menolak permohonan tersebut selepas mendapati tiada alasan kukuh untuk mempertimbangkannya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *