Pelajar Hina Islam: Kertas Siasatan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya

KUANTAN – Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menghina Islam, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini suspek masih direman sementara pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kita kini menunggu arahan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Polis Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sehingga malam tadi, sebanyak 28 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Saya mohon kepada masyarakat untuk menunggu tindakan selanjutnya. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, suspek juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *