Hasil suku kedua 2025 Systech tumbuh 244 peratus

Hasil Systech meningkat 67 peratus kepada RM28.93 juta suku ketiga

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi digital tempatan, Systech Bhd (Systech) terus memperkukuh kedudukannya dengan mencatatkan lonjakan hasil daripada operasi berterusan sebanyak 67 peratus kepada RM28.93 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 (Suku Ke-3 TK2026).

Angka berkenaan menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif berbanding RM17.37 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Systech dalam satu kenyataan berkata, prestasi memberangsangkan ini sebahagian besarnya disokong oleh pertumbuhan kontrak baharu yang berjaya diperoleh dalam segmen Penyelesaian Korporat.

Secara teknikalnya, Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Kumpulan dilaporkan pada kadar RM0.75 juta. Bagaimanapun, analisis yang lebih mendalam menunjukkan bahawa angka berkenaan sebenarnya telah menyerap kerugian pelupusan sekali sahaja sebanyak RM2.10 juta.

Kerugian atas kertas ini berpunca daripada langkah strategik syarikat menjual anak syarikatnya dalam segmen e-Logistics.

Mengesahkan perkara berkenaan, Pengarah Eksekutif Systech Bhd, Dr Low Min Yew menjelaskan: “Keputusan suku ketiga kami menunjukkan bahawa asas operasi berterusan Systech adalah kukuh.

Walaupun selepas mengambil kira kerugian pelupusan sekali sahaja sebanyak RM2.10 juta, kami masih mencatatkan PBT sebanyak RM0.75 juta untuk tempoh tersebut. Jika kami mengecualikan item legasi ini, PAT terlaras kami adalah sekitar RM2.85 juta, yang lebih mencerminkan kekuatan perniagaan berterusan kami.”

Penyelesaian pelupusan e-Logistik ini dianggap sebagai pemangkin utama untuk “membersihkan” buku akaun syarikat.

Menurut Pengerusi Eksekutif Systech Bhd, Datuk Ong Theng Soon, suku kewangan seterusnya akan memaparkan cerminan prestasi Kumpulan yang lebih bersih memandangkan tiada lagi kesan negatif dijangkakan daripada isu-isu legasi masa lalu.

Beliau menambah, Systech kini melangkah ke fasa baharu berbekalkan asas kontrak yang kukuh, disokong oleh deposit dan prabayar yang telah berjaya dikutip daripada pelanggan, seterusnya memberikan keterlihatan yang baik terhadap hasil masa hadapan.

Melangkah ke hadapan, syarikat yang memfokuskan kepada platform perusahaan berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) ini akan terus memberi tumpuan kepada pengembangan portfolio Penyelesaian Korporat.

Segmen ini merangkumi Transformasi Digital dan Automasi menerusi integrasi penyelesaian AI, Internet Pelbagai Benda (IoT), Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) dan Pengurusan Modal Insan (HCM). Kumpulan komited untuk terus mendalami hubungan pelanggan demi memperkukuh aliran pendapatan berulang mereka pada masa hadapan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *