Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu – Met Malaysia

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 pagi, Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Sabah, selain turut dirasai di beberapa lokasi di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Pusat gempa dikesan kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat, Sabah.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Agensi itu akan terus memantau keadaan dan perkembangan semasa serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *