ACEH – Sebuah lubang benam besar di Kabupaten Aceh Tengah, Indonesia, melebar kepada kira-kira tiga hektar tahun ini, sekali gus mengancam sumber pendapatan petani tempatan, kata Agensi Tenaga dan Sumber Mineral Aceh.
Pihak berkuasa memaklumkan pergerakan tanah masih berterusan susulan kejadian tanah runtuh berulang dan pergerakan tanah jangka panjang.
Rakaman dron semalam menunjukkan tebing curam dan retak merentasi kawasan ladang di daerah Ketol.
Petani cili, Sumiati berkata, tanahnya musnah menyebabkan masa depan tanaman tidak menentu dan beliau berharap kerajaan menyalurkan pampasan atas kerugian yang dialami.
Seorang lagi petani, Suprapto, berkata mendakwa tepi lubang benam itu beralih beberapa meter dalam tempoh sehari.
Beliau berkata, penghadang keselamatan dipasang bagi menghalang penduduk menghampiri kawasan berbahaya.
Sementara itu, penilaian geologi, mendapati lapisan batu dan pasir di bawah permukaan mudah menyerap air bawah tanah, menjadikan cerun terdedah kepada runtuhan secara tiba-tiba.
Bupati Aceh Tengah, Haili Yoga, berkata keluasan lubang benam itu meningkat mendadak selepas kejadian banjir besar pada akhir tahun lalu.
Beliau berkata, data kerugian sektor pertanian sudah diserahkan kepada kerajaan pusat.
Pakar turut memberi amaran fenomena itu menunjukkan ciri seperti lubang benam dan berkemungkinan terus melebar sekiranya aliran air tidak dikawal.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L