Tiada Siapa Kebal Undang-Undang, Dakwaan Libat Azam Baki Perlu Disiasat – Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan dakwaan terbaharu berhubung isu pemilikan saham melibatkan Tan Sri Azam Baki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, sebarang dakwaan yang dibangkitkan perlu melalui proses siasatan menyeluruh dan telus sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Menurut beliau, kedudukan undang-undang di Malaysia adalah jelas dan tidak memberikan perlindungan khas kepada mana-mana individu, termasuk kepimpinan tertinggi agensi penguatkuasaan.

“Kita perlu faham tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang di Malaysia. Ini termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian sebagai menjawab isu yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen berhubung laporan media antarabangsa yang mendakwa wujud pemilikan saham melibatkan Azam dalam jumlah besar.

Terdahulu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) meminta penjelasan kerajaan mengenai laporan Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki jutaan unit saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Kulasegaran menegaskan kerajaan komited memastikan setiap dakwaan diteliti secara profesional dan berlandaskan proses undang-undang sedia ada, selaras dengan agenda reformasi institusi dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam.

Isu berkenaan dijangka terus mendapat perhatian Dewan Rakyat dalam usaha memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam institusi penguatkuasaan negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *