Bijan perkenal set menu Makan Berhidang, angkat tradisi Melayu

BIJAN Bar & Restaurant (Bijan) memperkenalkan set menu khas Makan Berhidang, diinspirasikan daripada tradisi makan Melayu yang menekankan perkongsian, keseimbangan dan kebersamaan, bersempena musim perayaan tahun ini.

Konsep Makan Berhidang yang direka untuk empat orang itu menghidangkan satu set lengkap untuk dinikmati secara kolektif di sekeliling meja, sekali gus mencerminkan budaya makan masyarakat Melayu yang menitikberatkan kebersamaan selepas seharian berpuasa, selain keseimbangan rasa dan tekstur.

Bijan dalam satu kenyataan berkata, pendekatan tersebut bukan sekadar cara penyajian, sebaliknya satu falsafah makan yang telah lama menjadi teras dapur restoran itu.

“Dengan Makan Berhidang, kami ingin kembali kepada cara makan yang terasa lengkap tanpa berlebihan, di mana meja bertujuan untuk dikongsi dan makanan secara semula jadi menemui keseimbangannya,” kata kenyataan itu hari ini.

Bijan berkata, falsafah Makan Berhidang dipandu oleh empat elemen utama iaitu Kering, Basah, Pedas dan Segar.

Gabungan keempat-empat elemen itu, katanya, bagi memastikan setiap hidangan saling melengkapi tanpa satu rasa mendominasi yang lain, sekali gus menghasilkan pengalaman makan yang harmoni dan memuaskan.

Sempena Ramadan yang bakal tiba, Bijan memperkenalkan tiga set menu Makan Berhidang untuk tempoh terhad dari 20 Februari hingga 20 Mac 2026, disajikan setiap hari bermula 6.30 petang hingga 10 malam.

Pengunjung yang membuat tempahan awal antara 10 dan 19 Februari 2026 boleh menikmati kadar awal untuk ketiga-tiga menu set Makan Berhidang, dengan Santapan Kenduri Bijan berharga RM360++, Santapan Warisan Bijan pada RM560++, dan Santapan Istana Bijan pada RM760++, setiap satu direka untuk empat orang dan dihidangkan dalam format berkongsi ala berhidang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *