BATU PAHAT – Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan dan seorang lelaki yang dalam keadaan cedera parah, dipercayai teman lelakinya di sebuah rumah di Taman Damai, di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat wanita berusia 41 tahun itu bersama teman lelakinya, ditemui kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis, selepas polis bersama ahli keluarga mangsa dan pemilik rumah menyerbu kediaman yang disewa wanita berkenaan.
Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa memecahkan pintu rumah selepas mendapati berkunci dari dalam dan sejurus pintu dibuka, polis menemukan mangsa, pekerja sebuah pasar raya sudah tidak bernyawa di atas katil.
“Turut ditemui seorang lelaki berusia 44 tahun, dipercayai teman lelaki mangsa, terbaring di atas katil bersebelahan dalam keadaan kritikal akibat kesan kelar di bahagian leher serta pergelangan tangan.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa sebelum mencederakan diri sendiri dan tidak menolak kemungkinan berniat membunuh diri.
Motif kejadian masih ,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (Jumaat) sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L