KOTA BHARU – Pertubuhan Warisan Pusaka Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PWPPRCSWKM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Yang Dipertuanya, Fadzillah Hussin berkata, pertubuhannya mendoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam pemerintahan Tuanku.
“Kami turut menzahirkan harapan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan berterusan untuk memayungi rakyat dan negeri dengan penuh hikmah serta keadilan.

“Kami menyanjung tinggi peranan dan kepimpinan Tuanku Muhriz yang berteraskan adat, agama dan perpaduan, sekali gus menjadi tonggak kestabilan serta kemakmuran Negeri Sembilan Darul Khusus.
“Semoga di bawah naungan pemerintahan Tuanku, negeri ini terus berkembang dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Fadzillah, Pertubuhan CSWK turut menegaskan komitmennya untuk terus memelihara dan mempertahankan warisan, adat serta nilai-nilai sejarah bangsa dan negeri selaras dengan semangat kedaulatan institusi Diraja Negeri Sembilan.
“Daulat Tuanku,” ucapnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
