WASHINGTON – Zohran Mamdani mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam kelmarin, sekali gus menjadi Muslim dan keturunan Asia Selatan pertama yang memimpin bandar terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu.
Mamdani mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas al-Quran dalam upucara yang berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Peguam Negara New York, Letitia James, menyempurnakan upcara angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani, menjelang majlis umum yang dijadualkan berlangsung hari ini dan akan dipimpin oleh Senator Bernie Sanders.
Menurut beberapa media AS, naskhah al-Quran yang digunakan dalam upacara itu termasuk milik datuk Mamdani serta satu lagi naskhah milik penulis Arturo Schomburg, yang dipinjamkan oleh Perpustakaan Awam New York.
Mamdani, 34, juga individu kelahiran Afrika pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York. Beliau dilahirkan di Uganda kepada ibu bapa imigran dari India.
Beliau memenangi pemilihan Datuk Bandar pada 4 November lalu dengan menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan, Curtis Sliwa, sekali gus mencatat kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L