RFC 2025: Baki tiga hari perlumbaan menanti GG 4×4 di Gua Musang

SETELAH berkampung hampir seminggu dalam hutan belantara kini hanya berbaki tiga hari lagi cabaran perlumbaan yang perlu ditempuhi oleh GG 4×4 untuk menamatkan keseluruhan 46 peringkat cabaran (SS) di Gua Musang, Kelantan yang bermula sejak 2 Disember lalu.

Mempertaruhkan jentera Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad ternyata bukan halangan besar untuk turut sama berentap dengan lain-lain jentera lawan yang lebih bertenaga dan berteknologi terkini untuk merebut kejuaraan bertaraf antarabangsa ini.

“Sehingga kini, hanya sekali sahaja kami terpaksa akur untuk ‘DNS’ di SS16 disebabkan masalah teknikal pada jentera lumba kami. Satu rekod yang kami masih boleh berpuas hati setakat ini oleh kerana terdapat beberapa pasukan lain turut mengalami masalah yang lebih teruk dari kami.

“Motivasi pasukan masih berada di tahap terbaik khususnya mekanik-mekanik kami yang mampu untuk berhempas pulas memperbaiki kerosakkan dalam situasi serba kekurangan di luar jangkaan.

“Walaupun demikian, kami tetap berbangga dengan jentera tua pasukan yang masih di dalam momentum untuk kejuaraan musim ini. Melihat pada situasi semasa, kami mempunyai peluang untuk menaiki podium nanti,” ujar ujar Azili Safeei selaku pengurus pasukan yang berpangkalan dari Marang, Terengganu ini.

Tambahnya lagi, sehingga kini peluang masih sama rata buat setiap pasukan bertanding walaupun faktor cuaca bakal memberi cabaran berganda di dalam hutan belantara itu nanti.

Selain pasukan-pasukan tempatan, turut hadir memberi cabaran adalah pasukan antarabangsa dari Rusia, Poland dan Latvia yang menghimpunkan keseluruhan 22 jentera pasukan.

RFC Grand Final 2025 yang dijadualkan melabuhkan tirai pada 10 Disember 2025 nanti merupakan siri terakhir perlumbaan lasak jentera 4×4 bagi musim ini setelah berlangsung di beberapa negara benua sepanjang tahun ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

8.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *