SCIB lupus 100 peratus kepentingan SCM dengan nilai RM113 juta

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), SCIB Holdings Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat (SSPA) dengan YTL Cement (Sarawak) Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung YTL Corp Bhd, untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti 100% dalam SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM) dengan harga tunai RM113 juta.

Pakar sistem bangunan perindustrian itu berkata pertimbangan pelupusan itu selaras dengan tawaran indikatif yang dibuat sebelum ini oleh YTL Cement Sarawak pada 2 Okt 2025.

Cadangan pelupusan itu melibatkan 18.58 juta saham biasa dalam SCM, yang mewakili keseluruhan kepentingan ekuiti 100 peratus yang akan dijual kepada YTL Cement Sarawak.

SCIB berkata saham tersebut akan dipindahkan tanpa sebarang beban dan dengan semua hak dan kelayakan kekal pada tarikh penyelesaian.

Transaksi ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan bila tiba masanya.

Pertimbangan pelupusan mewakili premium sebanyak 14.77 peratus kepada aset bersih belum diaudit terkini SCIB Concrete sebanyak RM98.46 juta setakat 30 Jun 2025, dan premium sebanyak 26.91 peratus kepada aset bersih yang telah diaudit sebanyak RM89.04 juta setakat 30 Jun 2024.

Cadangan pelupusan dianggarkan menjana keuntungan sebanyak RM22.97 juta, yang dijangka mengukuhkan aset bersih dan pendapatan Syarikat dalam tempoh masa terdekat.

Pengerusi Eksekutif SCIB Datuk Chong Loong Men berkata, pertimbangan pelupusan itu mewakili premium sebanyak 14.77 peratus kepada aset bersih SCM yang belum diaudit terkini sebanyak RM98.46 juta setakat 30 Jun 2025, dan premium sebanyak 26.91 peratus kepada aset bersih yang telah diaudit sebanyak RM89.04 juta setakat 30 Jun 2024.

“Cadangan pelupusan itu dianggarkan akan menjana keuntungan sebanyak RM11.29 juta, yang dijangka mengukuhkan aset bersih dan pendapatan syarikat dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *