Lelaki maut disambar petir di Langkawi

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8 pagi melalui jeti nelayan itu. Kira-kira 7.20 malam mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing dan ketika itu hujan dan semuanya berlindung di bawah bumbung jeti berkenaan.

“Sebelum itu, mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun dalam keadaan hujan kerana sudah basah dan tidak tahan sejuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti.

“Orang awam yang berada di situ turut membantu mengangkat mangsa naik ke atas bot sebelum dibawa ke darat. Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital kira-kira 8.35 malam sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *