ARREIT lancar MTN RM2 bilion sokong pertumbuhan jangka panjang

KUALA LUMPUR – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) telah melancarkan Program Nota Jangka Sederhana (MTN) yang bernilai RM2 bilion.

Program MTN ini dilaksanakan di bawah Kerangka Lodge and Launch (LOLA) dan berbentuk jangka masa panjang dengan membolehkan AmanahRaya REIT menerbitkan nota dari semasa ke semasa, dengan jumlah keseluruhan sehingga RM2 bilion.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AmanahRaya REIT untuk meningkatkan fleksibiliti kewangan dan menambah baik struktur modal, bagi menyokong pertumbuhan masa hadapan termasuk pengambilalihan baharu dan penambahbaikan aset dalam portfolionya.

Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (AKRM) Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, pelancaran Program MTN ini merupakan langkah penting dalam strategi pengurusan modal AmanahRaya REIT.

“Ia akan memperkukuh kedudukan kewangan kami dan membolehkan kami mengambil peluang pertumbuhan baharu, termasuk potensi pengambilalihan aset serta inisiatif penambahbaikan portfolio, sambil terus memberikan pulangan yang mampan kepada pemegang unit kami,” katanya.

Public Investment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pengurus Utama untuk Program MTN.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *