Bayi perempuan baru lahir ditemukan di tepi rumah di Subang Jaya

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang meninggalkan seorang bayi perempuan baru dilahirkan di tepi sebuah rumah di Subang Jaya dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai penemuan bayi itu pada 10.27 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bayi yang cukup sifat itu ditemukan di dalam sebuah beg berwarna biru dalam keadaan tidak berpakaian dengan uri masih berdarah.

“Bayi seberat 2.6 kilogram itu kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Wan Azlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp B. Vanithabdi talian 017-2229832 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-7862 7222. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *