Jet Tentera Laut AS, helikopter terhempas berasingan di Laut China Selatan

ISTANBUL – Sebuah jet pejuang dan helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas secara berasingan di Laut China Selatan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Armada Pasifik AS dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditempatkan di Helicopter Maritime Strike Squadron 73 “Battle Cats” terhempas sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi rutin.

Semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan, menurut kenyataan itu.

An F/A-18F Super Hornet provides a flying display showcasing its capabilities during Canberra’s Skyfire. *** Local Caption *** The Australian Defence Force provided support to Skyfire 2017 with performances and handling displays to show off defence capability and foster relationships with the Canberra community. The displays included a Royal Australian Air Force F/A-18 Hornet, Australia’s Federation Guard Precision Drill Team and artillery firing team. The Navy also provided a performance from the RAM Band and a Rigid Hull Inflatable Boat display

Susulan kejadian tersebut, sebuah lagi pesawat jenis F/A-18F Super Hornet yang ditempatkan di Strike Fighter Squadron 22 “Fighting Redcocks” turut terhempas ketika operasi rutin.

Dua anak kapal pesawat itu sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat daripada Carrier Strike Group 11.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan stabil. Punca kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” tambah kenyataan itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *