Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Charlie yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat, meninggal dunia pada usia 71 tahun semalam.

Adik Allahyarham, Yusri Salleh berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuannya di Sri Rampai di sini, pada jam 8.15 malam.

“Arwah terlantar sakit pada Khamis lalu dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lalu disahkan menghidap kanser usus.

“Arwah kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat. Keadaannya tenat dan tidak boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati selepas Zohor hari ini, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh.

Allahyarham Charlie yang merupakan bapa tunggal meninggalkan tujuh anak. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *