KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.
Mesyuarat berkenaan dijadual bermula jam 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada jam 11 pagi ini.
Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.
Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
