Citaglobal Lancar D’Marina Bayu – Projek Perumahan Sedia Solar dan Rumah Pintar Pertama di Pahang

KUANTAN – Citaglobal Property Development Sdn. Bhd. (Citaglobal Property), anak syarikat Citaglobal Berhad, melancarkan D’Marina Bayu Fasa 2B Residensi D’Marina, pembangunan kediaman sedia solar pertama di Pahang dan antara terawal di Malaysia.

Majlis pelancaran disempurnakan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu majlis rasmi di Kuantan Sabtu lalu.

Projek perumahan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) selaku pemilik tanah dan Citaglobal Property sebagai pemaju.

Ia terletak di lokasi strategik berhampiran bandar Kuantan, dengan akses mudah melalui Jambatan Tanjung Lumpur dan Jambatan Putra serta diilhamkan sebagai perbandaran holistik berteraskan kemampanan dan teknologi hijau.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

D’Marina Bayu menampilkan pendekatan perumahan masa hadapan dengan setiap kediaman direka sedia untuk pemasangan sistem solar bumbung, membolehkan pemilik menikmati penjimatan bil elektrik sehingga 60 peratus.

Selain itu, projek ini turut dilengkapi infrastruktur Fiber-To-The-Home (FTTH) dan sistem rumah pintar bersepadu, membolehkan penduduk menikmati sambungan digital lancar sejak hari pertama mereka menetap di kawasan berkenaan.

Pembangunan ini turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan komuniti melalui penyediaan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, tadika dan taska serta surau, yang direka untuk mewujudkan persekitaran kejiranan yang inklusif dan saling terhubung.

Setakat ini, Fasa 1 projek D’Marina yang melibatkan 523 unit rumah teres satu dan dua tingkat telah siap pada Disember 2023, manakala Fasa 2A dengan 136 unit siap pada Mei lalu dan habis dijual sepenuhnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Fasa 2B – D’Marina Bayu, yang baru dilancarkan, merangkumi 120 unit rumah teres dua tingkat dan dijangka siap pada Disember 2026, seterusnya, Fasa 2C hingga 2F dengan jumlah 507 unit kini berada dalam perancangan dan akan dibangunkan secara berperingkat.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria berkata, pelancaran projek ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap pembangunan mampan dan tenaga boleh baharu, selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.

“Melalui D’Marina, kami menegaskan komitmen untuk menyediakan kediaman yang bukan sahaja selesa dan moden, tetapi juga memperkukuh komuniti serta menyokong masa depan rendah karbon.

Penyepaduan ciri sedia solar di D’Marina menunjukkan keazaman Citaglobal untuk mempercepat peralihan tenaga bersih, membolehkan rakyat menikmati penjimatan tenaga jangka panjang,” katanya.

Turut hadir, Anggota Perbadanan PR1MA Malaysia dan Pengerusi PR1MA Communications Sdn. Bhd., Datuk Dr, Yatimah Sarjiman; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib; dan Ketua Pegawai Eksekutif Citaglobal Property Development Sdn. Bhd., Azlan Shah Mohd Yusoh.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama dengan PR1MA, yang disifatkan sebagai rakan strategik penting dalam menjayakan projek ini serta memastikan harga rumah kekal mampu milik.

Dengan pelancaran D’Marina Bayu, Citaglobal Property menyasarkan untuk menetapkan standard baharu pembangunan perbandaran moden dan cekap tenaga, seiring aspirasi Malaysia ke arah pembangunan lestari.

Projek ini dijangka bukan sahaja memberi impak kepada landskap perumahan di Pahang, malah menjadi model rujukan bagi pembangunan kediaman masa depan di negara ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *