Imam masjid Janda Baik hilang, dijumpai selamat di Sabak Bernam – Polis

KUANTAN – Seorang imam Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Ahmad Zalmi Abdul Ghafar, 57, pada jam 1.14 awal pagi Isnin.

Beliau berkata, keluarga mangsa berjaya mengesan keberadaannya di resort berkenaan sekitar jam 12 tengah hari, namun mendapati lelaki itu sudah mendaftar keluar.

“Pada jam 9.40 malam tadi, anak mangsa menghubungi Balai Polis Bukit Tinggi dan memaklumkan ayahnya sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, anaknya Muhammad Syafique Aimie Ahmad Zalmi, 37, ketika dihubungi Bernama berkata, tujuan ayahnya pergi ke Sabak Bernam adalah untuk mencari pekerjaan.

“Ayah tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai hasratnya untuk mencari kerja. Dia ke resort itu tanpa wang dan hanya membawa barang keperluan kerana mendakwa ada tawaran kerja kosong di kawasan berkenaan,” katanya.

Syafiq berkata, mereka sekeluarga gagal menghubungi ayahnya kerana telefon bimbit lelaki itu rosak. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *