Lapan rumah di beberapa kawasan Raub rosak akibat ribut

KUANTAN – Lapan rumah di beberapa kawasan di daerah Raub rosak berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda daerah itu petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, kejadian sekitar jam 3 petang itu menyebabkan lapan rumah melibatkan Kampung Melayu Sempalit, Taman Amalina Lestari dan di Jalan Lipis, terjejas serta mengalami kerosakan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rumah rosak pada bahagian bumbung, bilik tidur, selain dapur, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Setakat jam 10 malam tadi, hanya lapan rumah dilaporkan terjejas dan APM Raub telah ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat serta menyerahkan kit makanan, selain melakukan kerja pembersihan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antaranya Taman Perumahan Galing, Kampung Galing dan Jalan Stadium.

Beliau memaklumkan, beberapa anggota Balai Polis Kuantan berada di lokasi, bagi memantau situasi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *