DUN Sabah Dibubar, PRN Ke-17 Bakal Diadakan

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, berkuat kuasa serta-merta, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pembubaran itu bakal menyaksikan pertandingan bagi kesemua 73 kerusi DUN, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian dalam masa terdekat.

Pada PRN Sabah ke-16 yang diadakan secara mengejut pada 2020, gabungan tidak rasmi antara Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Hajiji, Barisan Nasional (BN) diketuai Datuk Seri Bung Moktar Radin, serta Parti Bersatu Sabah (PBS), berjaya menumbangkan kerajaan Warisan–Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam PRN tersebut, Warisan memenangi 29 kerusi, diikuti PN (17), BN (14), PBS (7), calon bebas (3), PKR (2), dan Upko (1). Gabungan PN, BN dan PBS memperoleh majoriti dengan 38 kerusi, berbanding 32 kerusi oleh blok Warisan–PH.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kemudiannya ditubuhkan secara rasmi pada awal tahun 2022 sebagai satu entiti politik gabungan utama yang menerajui pentadbiran negeri.

Namun, landskap politik Sabah terus berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022, apabila Hajiji bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU keluar parti dan menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

Pada Januari 2023, BN Sabah yang diketuai Bung Moktar mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Hajiji. Namun, keadaan berjaya distabilkan apabila Sabah Pakatan Harapan tampil memberi sokongan untuk mengekalkan pentadbiran GRS.

Dengan pembubaran DUN hari ini, rakyat Sabah sekali lagi akan diberi mandat untuk memilih barisan kepimpinan baharu yang akan menerajui negeri bagi penggal akan datang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *