Sejarah Malayan Union & Palestin: Peringatan Pengkhianatan Kuasa Asing

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengingatkan seluruh rakyat, khususnya generasi muda agar tidak melupakan sejarah hitam yang pernah menimpa bangsanya.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, pada tahun 1946, wakil British, Sir Harold MacMichael datang ke Tanah Melayu dengan misi mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu bagi menerima pelaksanaan Malayan Union (MU).

Katanya, usaha itu dijalankan melalui tekanan, ugutan dan manipulasi menyebabkan kuasa Raja-Raja Melayu hampir dihapuskan dan hak orang Melayu diketepikan.

“Namun, kebangkitan orang Melayu yang bersatu akhirnya berjaya menggagalkan rancangan tersebut dan membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sejarah ini mempunyai persamaan ketara dengan apa yang berlaku di Palestin. Melalui Deklarasi Balfour 1917, British menjanjikan tanah Palestin kepada Zionis Yahudi, walaupun tanah tersebut telah didiami rakyat Palestin sejak turun-temurun.

“Pengkhianatan kuasa asing ini menjadi titik tolak kepada penjajahan berterusan ke atas bumi Palestin sehingga ke hari ini, dan rakyat Palestin terus berjuang mempertahankan hak mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, persamaan antara Palestin dan Malayan Union ialah campur tangan kuasa asing secara paksa, penafian hak rakyat asal, manipulasi undang-undang kolonial untuk menghalalkan penjajahan dan kebangkitan rakyat sebagai tindak balas terhadap ketidakadilan.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan delegasi negara serta semua aktivis yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kami menghargai keberanian mereka yang tampil memperjuangkan hak asasi manusia dan membantu saudara seagama yang sedang menderita. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan, dilindungi Allah, dan mereka selamat kembali ke tanah air.

“PERKASA menegaskan, sejarah ini wajar dijadikan iktibar. Jangan sesekali kita alpa sehingga memberi ruang kepada pengkhianatan baharu terhadap bangsa, agama, dan tanah air.

“Hari ini, ketika rakyat Palestin masih menderita akibat pengkhianatan kuasa asing, kita perlu menghayati perjuangan mereka kerana bangsa Melayu juga pernah melalui detik yang sama suatu ketika dahulu,” ujar beliau.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *