Ops Sapu: 11 warga Myanmar ditahan di Pasir Puteh

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan 11 warga Myanmar dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pasir Puteh bermula Selasa lepas hingga semalam.

Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Sapu itu digerakkan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan dan melibatkan pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar Selising, Pasir Puteh.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negeri ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pihak imigresen menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pendatang atau aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat melindungi PATI,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian 019-9840377 atau laman sesawang aduan rasmi di https://imi.spab.gov.my. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *