Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Semenanjung dan Sarawak

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak, berkuat kuasa sehingga jam 9 pagi ini.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 6 pagi itu merangkumi kawasan Kedah: Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang; Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak; Selangor di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Melaka; Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian serta Sarawak: Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Kapit (Song)

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan hanya sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan elektrik akibat angin kencang dan hujan lebat.

Aktiviti luar dan perjalanan di kawasan terjejas juga disarankan ditangguhkan sementara waktu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh merujuk laman rasmi MetMalaysia atau saluran media sosial jabatan tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *