Tanah runtuh IPG Gaya: Pengosongan serta-merta kuarters berhampiran

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.

Selain itu, menurut KPM, inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.

Kementerian itu juga memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya pada Rabu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *