Cabaran terhadap perpaduan negara tidak boleh dibiarkan

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia memandang serius sikap berterusan Pertubuhan Pendidikan Dong Zong yang sering memperlihatkan pendirian bertentangan dengan dasar Pendidikan Kebangsaan dan semangat perpaduan negara.

Kenyataan serta tindakan mereka sering kali dilihat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan Negara, lebih lagi pendedahan mengejut wakil Dong Zong dalam pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ni.

Dakwa Ketua Penerangan Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, dalam pertemuan itu beberapa perkara didedahkan termasuk mengenai sistem Pendidikan Negara yang menjadi faktor utama iaitu pengktirafan sijil UEC di Selangor termasuk UNISEL.

Selain itu, katanya, Dong Zong juga dikatakan memohon dana tahunan yang konsisten untuk pertubuhan itu, selain kelulusan tanah bagi pembinaan sekolah persendirian Cina.

“Perkasa ingin menegaskan, Dong Zong bukan suara mutlak masyarakat Cina. Kerajaan Selangor seharusnya tidak tunduk kepada mana-mana tekanan dari kumpulan yang membawa agenda perkauman terselindung.

“Perkasa juga mendesak pihak berkuasa menyiasat secara serius kenyataan dan aktiviti Dong Zong yang menggugat perpaduan negara.

“Selain itu, Perkasa turut menggesa mengkaji semula kedudukan Dong Zong yang dilihat sebagai pertubuhan melampaui batasan kebebasan bersuara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan melaporkan, isu pemberian tanah untuk sekolah di negeri itu serta pengiktirafan UEC yang tular di media sosial telah diputarbelit dengan tujuan menimbulkan prasangka kaum.

Menurut kenyataan itu, kunjungan hormat Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia kepada Menteri Besar, disalah tafsir bahawa kerajaan negeri menggadaikan tanah untuk pembinaan sekolah Cina dan membuat keputusan baharu mengiktiraf sijil UEC.

Menurut Irwan Fahmi, isu Pendidikan Negara adalah isu bersama dan Perkasa menegaskan tiada tempat untuk golongan yang cuba memecahbelahkan rakyat atas nama hak istimewa sendiri.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *