KUALA LUMPUR: Seramai 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Diploma/setaraf ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, tahun ini pihaknya menerima 109,866 permohonan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi UPUOnline.
Katanya, secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan bagi sesi kali ini.
“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi itu dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
“Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” katanya dipetik Berita Harian dalam satu kenyataan, hari ini.
KPT berkata, bagi calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, pihaknya kini sudah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline.
“Proses rayuan kini dibuka dalam tempoh 10 hari, bermula hari ini, jam 12 tengah hari
sehingga 14 September 2025, jam 5 petang,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001