Gegaran terbaharu di Segamat, rekod empat gempa dalam seminggu

JOHOR BAHRU – Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi ini, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di daerah itu dalam minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 4.24 pagi itu berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran agar mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7 bagi membantu penilaian agensi itu.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *