Stor penyimpanan wayar untuk kilang Perodua terbakar di Batang Kali

KUALA LUMPUR – Sebuah stor penyimpanan wayar harness untuk kilang Perodua di Jalan Ipoh, Batang Kali, dekat sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata bomba menerima panggilan kejadian jam 4.45 pagi, sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 5.07 pagi.

Operasi pemadaman turut membabitkan BBP Bukit Sentosa dan BBP Rawang dengan kekuatan 26 anggota.

“Kebakaran dapat dikawal jam 5.45 pagi dan tiada mangsa dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jentera digunakan terdiri daripada dua Fire Rescue Tender (FRT), satu Compact Fire Rescue Tender (CFRT), dua unit Bantuan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah Water Tanker serta sebuah pikap Triton milik Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Ahmad Mukhlis berkata, kerja-kerja overhaul sedang dijalankan di lokasi bagi memastikan kebakaran benar-benar dipadamkan sepenuhnya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *