Sebulan kes kematian Zara Qairina, apa perkembangan terkini?

SHAH ALAM – Hari ini genap satu bulan tragedi menyayat hati yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia dalam keadaan masih misteri.

Dikatakan misteri kerana punca kematiannya belum dipastikan secara rasmi atau muktamad, sama ada disebabkan bunuh diri, terjatuh atau dijatuhkan atau kerana mengalami gangguan mental atau buli.

Persoalan ini sehingga ke hari ini masih tergantung, walaupun pihak berkuasa sudah melakukan siasatan dengan memanggil lebih 60 saksi dan penggalian semula kubur Allahyarham Zara untuk tujuan bedah siasat.

Proses bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina pun telah selesai dan mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan otak serius disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak akibat terjatuh, iaitu sejajar dengan diagnosis awal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Itu adalah jawapan hasil daripada proses bedah siasat, tetapi yang rakyat hendak tahu ialah sebab yang mendorong kepada kematian itu, iaitu tekanan perasaankah, tekanan jiwakah, ketakutan akibat diugutkah atau apa?

Namun, dalam sidang media khas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar turut menyorot bahawa pegawai penyiasat gagal mematuhi prosedur, iaitu tiada permohonan dibedah siasat pada peringkat awal.

Maka, tindakan tegas bakal diambil ke atas tiga pegawai kanan polis di Sabah yang terlibat itu oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dalam sehari dua lagi.

Apakah langkah seterusnya? Permohonan Inkuiri. Pada 12 Ogos lalu, Peguam Negara bersama polis bersetuju, inkuiri perlu dijalankan untuk membongkar punca sebenar kematian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Permohonan rasmi kepada Koroner dijangka dikemukakan dalam masa terdekat.

Kertas siasatan awal pun sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 3 dan 4 Ogos lalu dan kini sedang dalam proses penilaian secara menyeluruh.

Sehingga 13 Ogos lalu, pasukan khas yang ditubuhkan Bukit Aman telah mengambil alih siasatan untuk memastikan ketelusan dan keadilan siasatan.

Sebelum ini, pada peringkat awal, terdapat naratif berkaitan buli dan dakwaan ketidakpatuhan SOP, seperti tiadanya kamera CCTV, wujudnya lebam pada tubuh Zara serta saksi yang dilihat memerhatikan arwah dalam situasi pelik sebelum kematian.

Kejadian penggalian semula kubur (exhumation) telah dijalankan pada 9 Ogos dan diiringi oleh anggota forensik, wakil keluarga serta polis, atas arahan AGC untuk membolehkan bedah siasat dilakukan.

Berikut kronologinya;

10 Ogos 2025, bedah siasat selesai, mengesahkan diagnosis awal.

12 Ogos 2025, perbincangan Peguam Negara dan polis: inkuiri diperlukan.

13 Ogos 2025, pasukan khas Bukit Aman ambil alih siasatan.

3 – 4 Ogos 2025, kertas siasatan diterima AGC untuk penilaian

9 Ogos 2025, proses ekskavasi kubur dan bedah siasat dijalankan.

Hari ini, masih menunggu permohonan rasmi inkuiri dan penilaian AGC.

Diharapkan, kes kematian tragis adik Zara Qairina ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Jika wujud kematiannya kerana ada unsur buli, heret semua pelaku ke muka pengadilan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionald.aily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *