KOTA KINABALU – Jenazah pelajar Tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I, di sini, pagi ini bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Sumber memaklumkan, prosedur itu akan dikendalikan pasukan forensik hospital berkenaan dan dijangka mengambil masa beberapa jam.
Difahamkan, bedah siasat berkenaan penting bagi membantu siasatan pihak berkuasa susulan kes yang mendapat perhatian ramai sejak ia dilaporkan awal minggu ini.
Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah sebelum ini dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan individu yang dipercayai berada bersama mangsa sebelum kejadian.
Zara Qairina dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah premis di bandar raya ini.
Petugas perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Polis membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan saksi yang berada bersama mangsa sebelum kejadian.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Kes ini mendapat liputan meluas di media sosial selepas beberapa rakaman dan maklumat tidak sahih tersebar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu sebelum ini memaklumkan, siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Kubur Allahyarham Zara Qairina digali semula kira-kira jam 5.30 petang dan selesai 7.30 malam.
Jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk proses bedah siasat, bagi melengkap kertas siasatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
