Geng curi lembu tumpas, lapan suspek ditahan

Dungun – Polis menumpaskan satu sindiket dipercayai terbabit dalam kegiatan curi lembu di Ladang Pinang Mas, Bukit Besi di sini, selepas menahan lapan suspek dalam serbuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, semua suspek berusia antara 17 hingga 73 tahun ditahan kira-kira jam 2.30 pagi ketika sedang melapah lembu yang dicuri.

Menurutnya, tangkapan dilakukan hasil siasatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, Unit Kereta Peronda serta anggota dari Balai Polis Bukit Besi selepas menerima laporan daripada pemilik ternakan itu kira-kira jam 2 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis bergegas ke lokasi dan berjaya menyerbu kumpulan berkenaan yang sedang leka melapah lembu dipercayai dicuri

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan segera dan menyerbu lokasi sasaran sebelum berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maizura berkata, serbuan itu turut membawa kepada penemuan 18 ketulan keratan daging lembu, senapang patah bersama peluru hidup, beberapa pisau, alatan melapah daging serta tujuh telefon bimbit pelbagai jenama.

“Polis turut merampas dua kenderaan yang dipercayai digunakan untuk mengangkut daging haiwan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati senjata api terbabit dimiliki secara sah oleh salah seorang suspek, namun siasatan tetap dijalankan mengikut Seksyen 29 Akta Senjata 1960 bagi memastikan pematuhan undang-undang penyimpanan senjata.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Semua suspek sudah direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *