Polis giat kesan suspek lepas tembakan di Klang

SHAH ALAM – Polis giat mengesan suspek dalam insiden melepaskan tembakan dan penemuan kelongsong peluru di Klang dekat sini, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 11.15 malam hari yang sama.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial insiden tembakan yang didakwa berlaku di Taman Sentosa Fasa 19, Klang baru-baru ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *