Cadangan Gong Kubur jadi tapak tetap sukan udara di Kelantan

PASIR PUTEH – Kerajaan Negeri Kelantan bakal menjadikan Karnival Sukan Udara Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Gong Kubur, di sini, sebagai produk pelancongan terbaharu negeri itu bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata karnival berkenaan dirancang untuk dianjurkan sekitar bulan Mac atau April tahun depan sebagai usaha memperkasa dan memperkayakan sektor pelancongan di negeri ini.

Menurut beliau, penganjuran pada skala antarabangsa itu akan menampilkan penyertaan dari negara seperti China, Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Indonesia serta beberapa negara Eropah untuk mempamerkan kepakaran dalam mengendalikan pesawat kawalan jauh menggunakan teknologi terkini.

“Setelah empat tahun dianjurkan di peringkat kebangsaan, kini tiba masanya untuk kita bawa karnival ini ke tahap antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Antarabangsa Kelantan di Gong Kubur, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata kawasan seluas 40.4 hektar yang digunakan untuk acara berkenaan merupakan tanah rizab pertanian yang dahulunya digunakan untuk penanaman padi.

Katanya sambutan terhadap aktiviti sukan udara itu amat menggalakkan setiap tahun, terutama dengan penyertaan peserta dari luar negara yang turut merancakkan ekonomi setempat.

“Justeru, kita mahu manfaatkan kawasan yang luas ini dan mahu ia menjadi tapak tetap bagi sukan udara. Selain itu, kita bercadang untuk menambah beberapa lagi aktiviti sukan lasak,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *