Peluncur udara tersasar, jatuh dalam belukar

RANAU – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terjatuh dalam kawasan belukar selepas tersasar ketika melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding di Ranau Paragliding Park, Jalan Kompleks Sukan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.59 tengah hari itu, mangsa berusia 30 tahun dipercayai gagal mengawal arah luncuran, lalu terjatuh di kawasan belukar tidak jauh dari lokasi pelepasan.

Dia bagaimanapun, hanya mengalami kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kawasan itu sebelum ketibaan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.59 tengah hari sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebaik tiba, didapati mangsa sudah keluar dari kawasan belukar dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.31 tengah hari.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *