Fatwa dikeluarkan Selangor lalui proses teratur, teliti – Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, setiap fatwa yang dikeluarkan di negeri ini melalui proses yang teratur dan teliti.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin juga bertitah ketelitian itu dilakukan dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak terutamanya dari Jawatankuasa Fatwa negeri dan pakar hukum syarak.

Hantaran itu turut berkongsi prosedur bagi mengeluarkan sesuatu fatwa iaitu fatwa yang diputuskan mestilah melalui proses pengumpulan data yang lengkap, maklumat yang menyeluruh serta gambaran yang tepat tentang sesuatu isu sebelum ia dibincangkan.

Satu Muzakarah Pakar juga akan diadakan bagi merungkai sesuatu isu secara tuntas, dihadiri para alim ulama, ahli akademik serta pihak yang berkaitan dengan isu tersebut di samping penglibatan pegawai badan berautoriti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sekiranya belum mendapat resolusi mantap, satu Bahthul Masail (perbahasan isu-isu) akan diadakan. Ia merupakan perbincangan dalam skala yang lebih kecil bagi merungkaikan suatu perkara yang rumit dengan lebih terperinci dan halus.

“Kemudian, barulah Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa diadakan, berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 48 (2),” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran sama, setiap kajian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dengan penuh nilai ilmiah dan melalui perbincangan dua hala di antara penyelidik dan Ahli Jawatankuasa Fatwa.

Sighah (penyataan) fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa kemudiannya akan disemak dan diharmonikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengharmonian Fatwa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Sighah fatwa ini akan diangkat ke Mesyuarat Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menimbang teliti fatwa yang dicadangkan seterusnya membuat syor kepada Sultan Selangor bagi mewartakan sesuatu fatwa.

“Jika Sultan Selangor memberi perkenan untuk pewartaan sesuatu fatwa, barulah fatwa itu akan dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” menurut hantaran itu.

Selangor Royal Office memaklumkan, fatwa berkenaan kemudiannya akan disemak kamar penasihat undang-undang sebelum disiarkan dalam warta kerajaan Selangor.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menerusi laman Facebook Selangor Royal Office menyeru umat Islam dan rakyat Selangor agar memahami dan menghayati inti pati Khutbah Jumaat semalam yang bertajuk ”Ketelitian Dalam Berfatwa”. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *