PETALING JAYA – Dua lelaki tiada talian persaudaraan yang dilaporkan hilang, ditemui mati secara berasingan di kawasan Ayer Tawar, Beruas semalam.
Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman berkata, laporan kehilangan dua mangsa diterima Balai Polis Ayer Tawar Selasa lalu.
Menurutnya, mangsa pertama berusia 50 tahun dilaporkan keluar rumah kelmarin, manakala mangsa kedua berusia 55 tahun pula tidak pulang ke rumah sejak 27 Jun lalu.
“Pada jam 9.39 pagi, polis menerima maklumat awam berkaitan penemuan mangsa pertama di kebun kelapa sawit, Jalan Taman Sri Perak dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, mangsa kedua ditemui dalam keadaan mayatnya sudah reput di sebuah rumah kosong di Taman Biru, Beruas pada jam 8.30 pagi.
Katanya, dua mayat itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222 atau Bilik Gerakan IPD Manjung 05-6886222 dan hotline WhatsApp 017-6828005 bagi membantu siasatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001