20 cedera, bas ekspres langgar penghalang laluan

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas bas ekspres yang dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota, semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 10.30 malam tadi.

Beliau memaklumkan setakat ini, 19 mangsa yang cedera adalah warganegara, manakala seorang lagi warga asing.

“Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan dan jumlah penumpang yang berada dalam bas ekspres tersebut belum dapat disahkan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jurucakap itu berkata, anggota dari BBP Nilai dan Bangi telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *