Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar

SEREMBAN – Kira-kira 30 kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Nafi Wahid berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 6.07 petang.

“Kontena yang keseluruhan berkeluasan 300×600 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan kawasan itu kosong ketika kejadian berikutan pekerja binaan belum pulang daripada bekerja.

“Berdasarkan maklumat daripada pemaju, asrama pembinaan itu menempatkan kira-kira 40 pekerja. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata operasi pemadaman membabitkan 18 anggota itu tamat pada 9.16 malam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *