BN tak pernah jemput PBS untuk kerjasama, kata Bung

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) mempersoalkan motif pengumuman Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam yang enggan bekerjasama dengannya pada PRN, memandangkan tiada jemputan dibuat.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata BN tidak pernah menjemput bekas parti komponennya itu untuk bekerjasama dan menyifatkan pengumuman pemangku Presiden PBS Dr Joachim Gunsalam itu sebagai sandiwara politik.

“PBS tidak perlu menolak sesuatu yang tidak pernah ditawarkan. BN Sabah tidak pernah, pada bila-bila masa pun, menghulurkan jemputan kerjasama kepada PBS untuk kembali atau bekerjasama.

“Jadi persoalannya apa sebenarnya yang anda tolak, Datuk Joachim? Ini nampaknya satu lagi episod khayalan politik.

“Anda tidak boleh menolak sesuatu yang tidak pernah ditawarkan. Tolonglah, jangan perasan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Joachim mengumumkan PBS menolak kerjasama politik dengan BN pada PRN akan datang.

Pendirian itu dibuat selepas majoriti ahli majlis tertinggi tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya berkenaan.

PBS turut menegaskan pendirian untuk terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN itu.

Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 Nov.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *