PUCHONG – Sebuah kilang kertas di Jalan Lembah Kinrara, Kampung Lembah Kinrara, musnah selepas kira-kira 80% struktur bangunan terbakar tengah hari ini.
Bomba Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 12.14 tengah hari.
“Kebakaran melibatkan sebuah kilang kertas berkeluasan 100×120 kaki persegi musnah kira-kira 80%. Tiada laporan mangsa terlibat diterima setakat ini.
“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba di lokasi pada 12.22 tengah hari, kira-kira lapan minit selepas panggilan diterima, dengan jarak lokasi sejauh 6.7km,” menurut kenyataan itu.
Katanya, anggota dari BBP Subang Jaya, Seri Kembangan dan Jalan Penchala turut digerakkan bagi memberi bantuan tambahan di lokasi kejadian.
Operasi itu diketuai Haswan Mohd Wasir yang memaklumkan usaha memadam kebakaran sedang dijalankan dan laporan penuh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001