Mayat lelaki ditemui terapung dalam sungai di Pasir Puteh

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira 3.30 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *